Kenyataan Kesahan Dropbox Sign
TANDATANGAN ELEKTRONIK ADALAH SAH
Dropbox Sign menyediakan penyelesaian eTandatangan yang sah di sisi undang-undang kepada anda untuk keperluan kontrak anda. Dropbox Sign mematuhi syarat Tandatangan Elektronik A.S. dalam Akta Perdagangan Negara dan Dunia 2000 (ESIGN), Akta Urus Niaga Elektronik Seragam (UETA) dan eIDAS Kesatuan Eropah (EU No.910/2014) berkenaan tandatangan dan penghantaran elektronik, lantas menjadikan eTandatangan pantas, mudah dan sah di sisi undang-undang.
Tandatangan elektronik adalah sah dan sah di sisi undang-undang di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kebanyakan negara menyedari bahawa tandatangan dakwat adalah membebankan dalam ekonomi kita yang pesat dan global: tandatangan dakwat melambatkan proses kontrak dan mewujudkan masalah pengurusan kertas.
Apabila memilih penyedia eTandatangan, pertimbangkan:
PENGESAHAN TANDATANGAN
Dropbox Sign mengesahkan penandatangan dokumen supaya anda tahu individu yang menandatangan dokumen anda. Mana-mana individu yang menandatangan dokumen melalui Dropbox Sign mesti sama ada mempunyai maklumat log masuk untuk Dropbox Sign atau telah menerima permintaan untuk tandatangan pada akaun e-mel mereka. Untuk melindungi akaun pengguna Dropbox Sign, semua maklumat pengguna yang dipindahkan dilindungi oleh penyulitan Standard Penyulitan Lanjutan (AES) 128-bit atau yang lebih tinggi termasuk nama pengguna dan kata laluan. Kami juga berusaha untuk menghalang orang lain daripada mengakses atau menggunakan akaun anda dengan mengenakan tamat masa sesi automatik dan menghantar e-mel kepada anda setiap kali dokumen dihantar kepada, diterima oleh, atau ditandatangan di bawah akaun anda.
PENAMBAHAN TANDATANGAN
Setiap tandatangan pada dokumen dikenakan dan dilekatkan pada dokumen. Apabila anda meminta tandatangan, Dropbox Sign melekatkan halaman muka depan jejak audit pada dokumen itu sendiri. Jejak audit mengandungi pengecam unik pada peringkat global, atau GUID, yang boleh digunakan untuk mencari rekod dalam pangkalan data kami, yang menunjukkan individu yang menandatangan dokumen dan masa mereka menandatangan dokumen.
KESAHAN DOKUMEN
Dropbox Sign direka bentuk untuk memastikan dokumen anda selamat dan mengelakkan gangguan semasa dan selepas proses menandatangan. Dengan menggunakan teknologi pencincangan, Dropbox Sign mencipta rekod unik bagi dokumen asas sebelum mana-mana pihak menandatangan dokumen dan kemudian mencipta rekod unik berasingan bagi dokumen asas yang mengandungi semua tandatangan. Jika anda perlu membuktikan tiada sebarang gangguan antara dokumen sebelum dengan selepas ditandatangani, Dropbox Sign boleh memberi anda dua rekod dokumen yang unik. Dropbox Sign menggunakan teknologi yang sama untuk membantu dalam melindungi eTandatangan anda.
JEJAK AUDIT
Dropbox Sign mencipta jejak audit yang komprehensif antara pihak yang menandatangani. Untuk memberi anda sejarah transaksi, kami menjejaki dan meletakkan cap masa pelbagai maklumat dari ketika dokumen diserahkan untuk ditandatangan hingga apabila dokumen ditandatangan dan dijamin sepenuhnya, seperti maklumat IP dan maklumat UserAgent. Untuk membantu dalam memastikan bahawa sebarang gangguan terhadap jejak audit dapat dikesan, kami memproses jejak audit dengan teknologi pencincangan. Sekiranya anda perlu bergantung pada jejak audit, kami bersedia untuk membantu anda.
REKOD SELAMAT
Kami mengambil serius keselamatan maklumat, oleh sebab itu, komunikasi sensitif dengan Dropbox Sign dilindungi dengan penyulitan SSL. Selain itu, kami menyulitkan semua fail dan maklumat tandatangan anda yang disimpan secara statik dalam pelayan S3 Amazon yang ditempatkan di pusat data yang diperakui ISO 27001, dan menyekat akses fizikal dan pekerja kepada fail dan maklumat tersebut.
PENYELESAIAN YANG BOLEH DIAKSES
Dropbox Sign ialah penyelesaian yang boleh diakses secara universal kerana hanya sambungan Internet dan pelayar web utama diperlukan untuk menandatangan dokumen. Hal ini bermaksud hampir sesiapa sahaja yang anda minta tandatangan boleh mengakses dan menandatangan dokumen yang anda hantar kepada mereka. Anda juga boleh memuat turun dan mengakses dokumen yang diproses melalui Dropbox Sign dengan mudah kerana kami menyediakan semua dokumen dalam format PDF.
Dropbox Sign berharap untuk menjadi penyelesaian eTandatangan anda dan menyediakan platform yang paling mesra pengguna kepada anda.