Tidak pernah semudah ini: Hantar dan minta tandatangan dengan lancar.
Mudahkan urusan menandatangan. HelloSign ialah cara mudah dan selamat untuk menandatangani perjanjian dalam talian.
Mudahkan urusan menandatangan. Dropbox Sign ialah cara mudah dan selamat untuk menandatangani perjanjian dalam talian.
Diundi #1 untuk Kemudahan Penggunaan daripada G2, tiga tahun berturut-turut!
Dapatkan dokumen bertandatangan dengan lebih cepat
Dengan Dropbox Sign, kontrak ditandatangan sehingga 80% lebih cepat daripada kontrak tradisional yang berasaskan kertas.
Tingkatkan kadar penyiapan
Peringatan terbina dalam dan pilihan penandatangan yang canggih dapat meningkatkan kadar penyiapan dokumen dengan ketara.
Permintaan tandatangan yang diperibadikan
Tambah logo, slogan dan mesej tersuai syarikat anda dengan mudah untuk kekal mengikut jenama.
Templat
Templat menyimpan medan yang disediakan pada dokumen anda, menghapuskan keperluan untuk menyeret dan melepaskan medan setiap kali anda menghantar. Templat disimpan dalam akaun Dropbox Sign anda, jadi anda boleh menggunakan semula templat tersebut pada bila-bila masa anda mahu, menjadikan penghantaran akan datang pantas dan mudah.
Sah di sisi undang-undang & selamat
e-Tandatangan daripada Dropbox Sign adalah sah di sisi undang-undang di bawah Akta ESIGN 2000 dan mempunyai kedudukan undang-undang yang sama seperti yang bertulis. Dilampirkan pada setiap permintaan tandatangan Dropbox Sign ialah jejak audit yang tidak boleh disunting untuk memastikan agar setiap tindakan dijejak dan dicap masa dengan menyeluruh. Semua dokumen yang ditandatangani adalah kalis campur tangan untuk melindungi daripada pengubahsuaian yang boleh menyebabkan tandatangan tidak sah.
Pengurusan pasukan
Pentadbir akaun berkuasa untuk menguruskan kebenaran dokumen dan mengkonfigurasi tetapan pasukan daripada papan pemuka berpusat, lantas menjadikan segala-galanya lebih teratur dan selamat.
Harga yang Telus
Essentials
Standard
Premium
5
15
Tanpa had
Berhenti menggunakan kertas, perkemaskan perjanjian anda
Soalan-soalan lazim
Mengapakah anda perlu mula menggunakan Dropbox Sign?
Dropbox Sign ialah cara yang ringkas dan mudah digunakan untuk mendapatkan dokumen ditandatangani dalam talian dengan selamat. Dropbox Sign telah terbukti dapat mengurangkan masa yang diambil untuk melengkapkan proses tandatangan sehingga 80% jika dibandingkan dengan menggunakan kertas, dengan fungsi eTandatangan yang sah di sisi undang-undang. Selain memperkemas aliran kerja perjanjian, Dropbox Sign menjimatkan wang perniagaan dan disepadukan ke dalam setiap jabatan di mana-mana organisasi dengan lancar. Dropbox Sign telah diundi #1 untuk Kemudahan Penggunaan daripada G2Crowd selama 4 tahun berturut-turut.
Adakah e-Tandatangan Dropbox Sign sah di sisi undang-undang?
e-Tandatangan daripada Dropbox Sign adalah sah di sisi undang-undang di bawah Akta ESIGN 2000, yang menyediakan alternatif kedudukan undang-undang yang sama seperti yang bertulis. Jejak audit yang tidak boleh disunting dilampirkan pada setiap permintaan tandatangan Dropbox Sign, yang memastikan agar setiap tindakan dijejak dan bercap masa sepenuhnya. Keselamatan amat penting untuk kami di Dropbox Sign dan kami mahu pengguna yakin bahawa dokumen sensitif mempunyai amanah dan juga kesahihan.
Apakah itu jejak audit dalam Dropbox Sign?
Jejak audit Dropbox Sign ialah proses yang selamat untuk mengesahkan setiap tandatangan pada dokumen. Jejak audit ini mengandungi pengecam unik pada peringkat global, yang menunjukkan alamat e-mel yang menandatangani dokumen dan masa ditandatangani. Ciri ini membolehkan seseorang menentukan sama ada suatu dokumen telah diubah suai atau diubah, memberikan bukti akses, semakan dan tandatangan yang dapat dipertahankan. Dokumen yang bercap masa dan dijejak dengan cara ini membolehkan eTandatangan yang terkandung dalam dokumen menjadi sah di sisi undang-undang dan boleh diterima mahkamah.
Apakah kegunaan Dropbox Sign?
Apakah yang diintegrasikan oleh Dropbox Sign?
Adakah Dropbox Sign percuma?
Bagaimanakah Dropbox Sign berfungsi?
Bagaimanakah anda boleh bermula dengan Dropbox Sign?